Lantik PM Baharu Bebas Kontroversi, Wujudkan Kerajaan Perpaduan – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pandangan Perdana Menteri baharu yang bakal dilantik kelak mestilah mengabsahkan kedudukannya dalam tempoh 60 hari ketika persidangan Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ekoran desas-desus sejak beberapa hari lalu berkenaan peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin.

“Andainya beliau meletakkan jawatan pagi ini, setelah hilang majoriti sokongan sebagaimana dikehendaki Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, maka kuasa melantik Perdana Menteri baharu terletak sepenuhnya di tangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menurut Perkara 43(2a) Perlembagaan Persekutuan.

“Maknanya YDPA boleh melantik sesiapa sahaja di kalangan 220 ahli Dewan Rakyat (2 meninggal dunia) mengikut budi bicaranya dan pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Asyraf turut sama memberikan beberapa cadangan demi meredakan suhu politik negara bagi memfokuskan usaha menangani COVID -19 serta kebajikan rakyat:

1. Dilantik seorang Perdana Menteri Interim yang tidak kontroversi, tidak dianggap ancaman kepada sesiapa dan tidak ada cita-cita politik untuk bunuh pesaing-pesaing politiknya atau membina political war chess.

2. Perdana Menteri Interim boleh mewujudkan War Cabinet atau sebuah kabinet berfokus sepertimana pengalaman UK dalam beberapa peristiwa besar untuk melawan pandemik penyakit kaki dan kuku, Brexit, Perang Dunia di zaman Winston Churchill dan Perang Falklands di zaman Margaret Thatcher.

3. War Cabinet bagaikan sebuah kerajaan perpaduan atau unity government bersifat inklusif, terdiri daripada wakil-wakil semua parti utama tidak kira kerajaan atau pembangkang.

4. Fokus kepada hanya 3 perkara utama:
(i) Menangani COVID-19 dan Mempercepatkan Vaksinasi agar negara segera capai imuniti kelompok.
(ii) Menstabilkan ekonomi
(iii) Membantu kebajikan rakyat yang kesempitan ketika ini (termasuk tuntutan rakyat)

5. Kabinet dikecilkan daripada 70 Menteri dan Timbalan Menteri seperti yang ada dalam kerajaan Perikatan Nasional sekarang (tak tahu efektif atau tidak?) kepada hanya beberapa atau maksimum 10-15 Menteri Koordinator.

6. Kerajaan Interim hanya untuk tempoh sehingga imuniti berkelompok tercapai iaitu lebih 90% rakyat divaksin. Sasaran antara 6-9 bulan.

7. Jika imuniti kelompok berjaya dicapai, Perdana Menteri Interim mesti menasihati YDPA untuk membubarkan Parlimen bagi diserahkan mandat kembali kepda rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

8. Kerajaan Interim boleh meredakan suhu politik dengan semua parti mengambil bahagian penting dalam usaha menangani COVID-19, sekaligus wujud Gencatan Senjata Politik (Political Ceasefire) yang sebenar. Ini kerana matlamat akhir selepas 6 bulan dan setelah berjaya mencapai imuniti kelompok, PRU15 boleh diadakan.

9. Sepanjang Kerajaan Interim Perpaduan ini;
– tidak ada lagi aktiviti horse trading (jual beli @ sogokan Ahli Parlimen dan orang politik).
– Tidak ada lagi aktiviti persaingan sengit dengan kecenderungan penguasa menggunakan kaedah ‘knife, pen and cheque book’, ugutan dan tawaran untuk melemahkan pesaing di kalangan parti-parti lawan.
– Semua parti bekerjasama fokus COVID-19 bukan membina war chess sepanjang dalam kerajaan.
Political Ceasefire untuk seketika sehingga PRU15. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.