UMNO Rakam Penghargaan, Pengakuan YB Pagoh Maklumkan Tiada Lagi Keabsahan Sebagai PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – UMNO mengucapkan penghargaan atas pengakuan YB Pagoh yang akhirnya secara terbuka bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa dengan pengakuan ini, maka YB Pagoh sudah tiada lagi keabsahan untuk menjalankan tugas-tugas selaku Perdana Menteri yang sah sebagaimana Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Selaku Ahli Parlimen yang berpegang kepada sumpah jawatan untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan, YB Pagoh tidak wajar merampas kuasa KDYMM Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan urusan pelantikan Perdana Menteri,” ‘katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Tegas Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, UMNO tidak boleh mempertimbangkan segala tawaran daripada seorang yang sudah tiada keabsahan, apatah lagi bersifat sogokan terbuka dan terdesak hanya untuk memanjangkan hayat politiknya.

“UMNO menasihatkan agar rakyat dapat bertenang sehingga KDYMM Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dan tanggungjawab Perlembagaan baginda di bawah Perkara 40(2) untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

“UMNO merakamkan penghargaan setingginya kepada 15 Ahli Parlimen UMNO yang setia dan istiqomah mempertahankan pendirian parti untuk terus membela Institusi Raja dan Perlembagaan Negara,” katanya lagi. – UMNO Online
[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/08/Kenyataan-Media-13-Ogos-2021.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.