Tambahan 104 Unit Rumah Rakyat Pahang Tahun Ini – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Kerajaan negeri Pahang hari ini kelulusan tambahan 104 unit Rumah Rakyat Pahang (RRP) bagi pelaksanaan dan pembinaan bermula September ini.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tambahan ini ialah di bawah fasa 3, kepada 102 unit yang telah dilulus di bawah fasa 2 untuk pelaksanaan dan pembinaan tahun 2021 ini juga.

“Ini bermakna, sebanyak 206 unit RRP bernilai RM65,000 seunit atau RM13.39 juta, yang akan dilaksana dan dibina pada tahun 2021.

“Di bawah RRP, rumah dibina ialah untuk diberi secara percuma kepada golongan memerlukan rumah khususnya mereka tersenarai dalam daftar e-kasih.

“Dilancarkan tahun lepas (2020) di bawah fasa 1 atas keprihatinan kerajaan negeri untuk membantu golongan berkenaan, sebanyak 98 unit bernilai RM6.37 juta telah siap dibina serta diduduki,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Jelas beliau lagi, agihan pada tahun tersebut ialah dua unit bagi masing-masing 42 kawasan Dewan Undangan Negeri dan satu unit bagi masing-masing 14 kawasan Parlimen di negeri ini.

“Adalah diharapkan, lebih banyak lagi RRP dapat dibina pada masa depan dengan berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan negeri, insya-Allah,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.