UMNO Negeri Sembilan Sokong Ketetapan MKT, Gesa Hubungan Diharmonikan – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Barisan kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan menyokong penuh ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang bersidang pada 3 Ogos 2021.

Sehubungan itu, Pengerusinya yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar hubungan diantara Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen UMNO mestilah diharmonikan demi kepentingan Parti dan Negara.

“Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan juga menjunjung titah dan berpihak tanpa berbelah bahagi kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung sesuai dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO iaitu Mendukung dan Mempertahan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, mendoakan semoga UMNO diberi mandat oleh rakyat untuk memenangi PRU-15. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2021/08/kenyataan-media-BPUMNS.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.