Persoalan ‘What’s Next’ Cuma Bertujuan Timbulkan Rasa Ragu Terhadap UMNO – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata. tindakan menimbulkan syak wasangka terhadap ketetapan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan PN pimpinan Presiden PPBM amat dikesali.

Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), persoalan ‘what’s next’ jelas cuma bertujuan menimbulkan rasa ragu-ragu terhadap perjuangan UMNO untuk menyelamatkan rakyat dan negara.

“Keputusan Mesyuarat MKT UMNO pada 7 Julai lalu secara jelas menyatakan ‘what’s next’ jika dibaca dan dihayati dengan hati yang jujur,” katanya melalui penjelasan dalam laman facebooknya, hari ini.

Terangnya, ia terkandung dalam perkara tujuh (7) hingga sembilan (9) iaitu:

7. Justeru, UMNO mendesak agar Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

8. Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani COVID-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
Ini penting bagi membolehkan sebuah Kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong.

9. Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

10. UMNO mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government). – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.