Kerajaan PN Sedar Ke Tidak… Tiap Hari 200-300 Orang Terkorban – Najib

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata tiap-tiap hari, seramai 200-300 orang terkorban di Malaysia akibat pandemik COVID-19.

Dalam hal ini beliau mempersoalkan apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) meminta rakyat bersyukur.

“Kadar kematian baharu COVID kita berbanding saiz penduduk adalah antara paling tinggi dalam dunia.

“Boleh pulak PN suruh kami bersyukur?

“Di Malaysia juga, ada yang mati di tepi jalan, di depan bank, di depan kedai-kedai makan, di atas lantai hospital, gantung diri di tepi jejantas, di depan rumah, di dalam rumah sendiri, di depan klinik, di tepi kereta,” katanya melalui laman facebooknya berkaitan hal terbabit.

Soalnya, kerajaan PN sedar ke tidak?

“Jadi, kami perlu bersyukur pada kerajaan PN ke apa?” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Pekan.

Dilaporkan, sebanyak 19,991 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini dengan 201 kematian direkodkan akibat wabak itu, iaitu 34 merupakan kes kematian di rumah atau ‘brought-in-dead’, selain kes aktif COVID-19 di seluruh negara pula ialah 230,762 kes dengan 1,096 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 570 orang memerlukan bantuan pernafasan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.