Semoga Ada Keputusan Yang Memuaskan Hasil Pertemuan Bersama RoS – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berharap agar ada keputusan yang memuaskan hasil pertemuannya bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini.

“Semoga ada keputusan yang memuaskan. Harap ahli dan pimpinan UMNO sabar menunggu,” kata di Twitter.

PUTRAJAYA 9 Ogos — Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengadakan pertemuan bersama Pendaftar Pertubuhan Jasri Kasim di sini hari ini.

Tambah Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, perbincangan yang diadakan pada jam 12 tengah hari tadi di Ibu Pejabat RoS, Putrajaya melibatkan Ketua Pengarah Jasri Kasim dan pegawai-pegawai jabatan tersebut berlaku dalam suasana yang baik dan mesra.

Untuk rekod, Jumaat minggu lepas RoS berkata keputusan UMNO untuk menangguhkan pemilihan partinya tidak sah disebabkan tempoh pemegang jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun 2021 berdasarkan minit Mesyuarat MKT pada 7 Julai 2021 untuk menangguhkan Pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan UMNO selama 18 bulan.

Walaubagaimanapun, Ahmad di dalam sidang medianya pada keesokan hari Sabtu berkata UMNO menegaskan bahawa berdasarkan rentetan kronologi surat menyurat di antara pihak RoS dan UMNO, maka telah wujud satu harapan yang sah (legitimate expectation) oleh pihak UMNO ke atas pihak RoS untuk memperakukan penangguhan pemilihan parti.

Berikut disertakan penjelasan Ahmad sebagaimana yang dilaporkan di laman web UMNO-Online (klik di sini – pautan). – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.