Sokong Keputusan MKT, Utamakan Bela Nasib Rakyat – Azhar Ahmad

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – UMNO Bahagian Beruas menyokong penuh keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (MKT) seperti mana kenyataan rasmi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 3 Ogos dan kenyataan rasmi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad

Ketuanya, Datuk Azhar Ahmad berkata kenyataan tersebut adalah selaras dengan keputusan yang telah dicapai semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan prinsip Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO yang mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Raja Berpelembagaan.

“Justeru UMNO Bahagian Beruas berdiri teguh dibelakang keputusan tersebut dan juga akan terus membantu kerajaan negeri Perak di dalam memberi tumpuan kepada usaha menangani pandemik COVID-19 dan membela nasib rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Terdahulu, menerusi mesyuarat MKT UMNO memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang ternyata gagal di mata rakyat, selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

UMNO juga berpendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau yang menyanggah titah KDYMM Yang di-Pertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.