Lebih 17 Juta Dos Vaksin COVID-19 Diberikan Setakat Semalam – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sejak dimulakan pada 24 Feb lepas hingga semalam, mencecah 17,317,553 dos suntikan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian dalam Twitter berkata setakat 11.59 malam tadi, jumlah keseluruhan populasi yang telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin adalah 5,519,845 atau 16.9 peratus.

“Sementara itu, 36.1 peratus atau 11,797,708 lagi telah mendapat suntikan dos pertama vaksin,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Bagi vaksinasi harian, Dr Adham berkata 399,135 dos diberikan semalam, merangkumi 281,481 individu menerima suntikan pertama dan 117,654 penerima dos kedua.
BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.