Sebanyak 7.3 Peratus Populasi Malaysia Lengkapkan Suntikan Vaksin – Adham

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Sebanyak 2,393,882 orang atau 7.3 peratus daripada populasi telah menerima suntikan dos kedua vaksin sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini.

Dr Adham berkata jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin setakat semalam adalah sebanyak 8,346,697 dos merangkumi 5,952,815 pemberian dos pertama, manakala 2,393,882 lagi adalah dos kedua.

“Bagi vaksinasi harian, sebanyak 263,012 dos diberikan semalam melibatkan pemberian 178,148 dos pertama dan 84,864 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 318,774 orang, diikuti Johor (256,096), Sarawak (252,496), Perak (214,267) dan Kuala Lumpur (209,165). – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.