Pengarah WTCKL Dilantik Profesor Pelawat Universiti Huaqiao, Fujian, China

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai Profesor Pelawat di Centre of Malaysia Scholars, Kolej Perhubungan Antarabangsa, Universiti Huaqiao di Fujian, China.

WTCKL dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan selama lima tahun itu bermula 7 Jun, 2021.

“Pelantikan Datuk Seri Dr Irmohizam dapat mengukuhkan lagi hubungan antara WTCKL dengan China seperti kesepakatan ekonomi dan pendidikan dalam inisiatif ‘One Belt One Road’ (OBOR) serta pemulihan sosioekonomi pasca pandemik COVID-19,” katanya.

Menurut WTCKL, Irmohizam berharap jalinan ini dapat dimanfaatkan bagi menggalakkan pertukaran, penyelidikan, dan kerjasama akademik antarabangsa secara komprehensif melalui pendedahan terhadap pengajian diplomasi dan perhubungan antarabangsa.

Irmohizam juga merupakan Pengerusi Persidangan dan Pameran Asia Pasifik Majlis Penasihat Anggota World Trade Centers Association. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.