Pembinaan Jalan Jerantut-Dungun Kini Di Peringkat Perolehan

KUANTAN, 24 Jun – Status pelaksanaan jalan luar bandar dari Kampung Mat Daling, Jerantut ke Kampung Pasir Raja di Dungun, Terengganu yang tertangguh sejak beberapa tahun lalu, kini di peringkat perolehan sebelum dikemukakan kepada Kementerian Kewangan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata status pembinaan jalan sepanjang 52.55 kilometer itu dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.

“Jalan ini merupakan sebahagian daripada projek sambungan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) melibatkan laluan dua lorong (single carriageway) dengan lebar 6.5 meter dan berturap serta melibatkan pembinaan 12 buah jambatan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berharap pembinaan jalan itu dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan untuk manfaat rakyat. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.