JPKK Perlu Sediakan Profail Kampung Bagi Mudahkan Kerajaan Salur Bantuan – Bung

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu setiap kampung di Sabah khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag perlu memiliki profail kampung masing-masing.

Katanya, ia selari dengan keperluan semasa dimana pemimpin peringkat akar umbi perlu seiring dengan pelaksanaan dasar kerajaan bagi memudahkan kerajaan dan wakil rakyat menyalurkan bantuan dari aspek pembangunan, kebajikan, keselamatan dan lain-lain.

“Saranan kerajaan ini bukan perkara baharu, namun kurangnya tindakan proaktif dari pemimpin akar umbi yang tidak mengemaskini data penduduk menyebabkan kerajaan dan pemimpin tidak dapat menyalurkan bantuan.

“Kegagalan untuk mengemaskini data penduduk juga menyebabkan ada golongan tercicir menerima bantuan,” katanya.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, profail itu juga akan digunakan oleh agensi kerajaan bagi penyaluran sumbangan dan bantuan termasuk aspek keselamatan.

“Setakatat ini, saranan saya bagi kawasan DUN Lamag berjaya mendapat maklum balas positif dari Pengerusi JPKK di kawasan ini dan perkara ini akan diperluaskan di Parlimen Kinabatangan,”katanya.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Lamag, Abu Bakar ketika ditemui berkata sebanyak 19 buah kampung daripada 24 buah kampung di DUN ini telah pun menyediakan profail kampung mereka masing-masing.

“Hari ini bagi menyahut saranan wakil rakyat di kawasan ini, kita telah menyerahkan sebanyak 19 buah profail kampung sementara 5 buah kampung masih belum mengemukakan profail kampung mereka dan berharap ianya akan diambil tindakan segara oleh JPKK yang terlibat.

“Saya berharap bagi kampung yang belum menyerahkan profail kampung agar dapat mengambil tindakan segera dan mengemukakan kepada Pejabat Daerah dan juga ke pejabat UPPM DUN Lamag,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan profail kampung bagi DUN Lamag di Pejabat Daerah Kinabatangan kelmarin.

Penyerahan tersebut di terima oleh Penolong Pegawai daerah Pentadbiran Pejabat Daerah Kinabatangan Halidun Salleh yang turut disaksikan oleh Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Willy Lampaki ,Penyelia Pembangunan Masyarakat DUN Lamag Shopian Nasir, Pemaju Mukim Bukit Garam Zalina Zalmi Wong dan Pemaju Mukim Kota Kinabatangan Jainol Ahmad.- Sabah Media

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.