Demokrasi, Institusi Parlimen Dan Majlis Raja-Raja Melayu Perlu Dipertahan

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Demokrasi negara, institusi Parlimen dan Majlis Raja-Raja Melayu, sebagai rakyat Malaysia ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya untuk dipertahankan tanpa mengira agama, bangsa waima fahaman politik sekalipun, demikian penegasan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Beliau seterusnya berpandangan sepertimana seluruh rakyat Malaysia tahu, titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu telah menzahirkan cadangan agar parlimen bersidang secepat yang mungkin bagi membahaskan isu yang sedang melanda kepentingan negara iaitu COVID-19 terutama isu kebajikan dan ekonomi serta kestabilan suhu politik tanahair.

“Sebagai sebuah Kerajaan , pentingnya untuk menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk segera membuka Sidang Parlimen.

“Mengenai isu yang sedang dipermainkan tentang notis 28 hari di bawah Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dimana Setiausaha Dewan hendaklah memanggil Persidangan Dewan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu sebenarnya bukan satu penghalang untuk dewan bersidang dalam tempoh 14 hari.

“Isu Notis 28 hari yang dibangkitkan oleh pihak tertentu bukan satu halangan untuk di Dewan bersidang dalam masa terdekat dan di lakukan segera terutama dalam isu kepentingan kebajikan rakyat dan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Onkine, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menyatakan, sidang Parlimen perlu dibuka bagi membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat dalam usaha memerangi Penularan Wabak COVID-19 di negara ini dan memulihkan Ekonomi Negara oleh semua kepimpinan parti politik negara baik daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional , Pakatan Harapan Mahupun Ahli Parlimen Bebas.

“Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Subang Bersetuju dengan pendirian Perhubungan UMNO Selangor terhadap isu ini,Parlimen harus bersidang bukan kerana kepentingan politik tetapi atas kepentingan rakyat dalam membantu kerajaan menyelamatkan negara daripada serangan COVID-19 dan krisis ekonomi.

“Sekiranya ada usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran kerajaan, tindakan ini tidak akan menyokong dan menolak usaha itu, kerana Parlimen perlu bersidang demi rakyat, bukan untuk kepentingan politik , ini pendirian rasmi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang jelas.

“Jadi akhir sekali saya mohon Perdana Menteri untuk mengambil ketetapan dalam isu ini atas dua perkara utama pertamanya , menghormati titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu serta menghormati pendirian dan cadangan kepimpinan UMNO yang merupakan sebahagian kerajaan Perikatan Nasional.

“Saya selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Merangkap Ketua UMNO Bahagian Subang berdiri teguh terhadap apa jua keputusan rasmi parti yang akan dibuat terutama dalam isu masa hadapan Negara tercinta,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.