Titah Agong Sentiasa Dijunjung… Parlimen Penting Sebagai Wadah Demokrasi – Azhari Shaari

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Institusi Parlimen adalah penting sebagai wadah demokrasi yang dibuka bagi membolehkan wakil rakyat menyampaikan permasalahan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari.

Jelas beliau sesungguhnya sebagai rakyat, dengan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam untuk memutuskan Parlimen segera bersidang seharusnya dijunjung.

“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memutuskan agar Parlimen segera bersidang.

“Sesungguhnya sebagai rakyat titah Seri Paduka Baginda sentiasa dijunjung.

“Sebelum ini ada cadangan agar sidang Parlimen dilaksanakan secara hibrid. Maksudnya separuh ahli Parlimen boleh hadir ke Dewan Rakyat separuh lagi bersidang daripada rumah,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Jelas Azhari, Dewan Rakyat bukan medan untuk bergasak namun ianya diwujudkan adalah atas dasar yang memberikan keuntungan kepada rakyat.

“Kepada ahli Parlimen janganlah ponteng sidang Dewan Rakyat kerana rakyat memerhatikan anda. Ambillah peluang untuk berbahas demi rakyat.

“Bukalah segera Parlimen bukannya bulan September. Kalau September itu dah tahap dah terlambat,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.