Misi Bantuan Banjir Skuad Sayang Pulau Pinang

 


SEBERANG JAYA 10 Jan — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan konvoi Misi Bantuan Banjir Skuad Sayang Wanita UMNO Pulau Pinang ke Pahang di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang Datuk Norliza Abdul Rahim.