Menyantuni Sebahagian Penduduk Yang Terjejas

KUANTAN, 7 Jan — Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah yang juga Ahli Parlimen Paya Besar bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Datuk Abdul Rahim Muda menyantuni sebahagian penduduk yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Taman Perumahan Taman Damai hari ini.
Sebanyak dua buah rumah penduduk taman itu musnah dalam kejadian tersebut manakala sebahagian penduduk di situ diarahkan mengosongkan kediaman mereka bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.