Merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre

JOHOR BAHRU, 21 Dis –Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim (tengah) berkenan merasmikan Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Southern Volunteers, di Hutan Bandar hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi serta Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud.
TMIYC merupakan platform bagi komuniti belia menjalankan aktiviti rekreasi dan beriadah secara santai, berkeluasan 6.07 hektar dengan menempatkan 11 kemudahan antaranya ‘Canopy Walk’, ‘Youth Centre’, ‘Mountain Bike Trails’, ‘Parkour Park’, ‘Kiddo Ground’ serta ‘Skatepro’.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.