Lawatan Rakan Sejawat

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi (kiri) melambai ke arah pengamal media sebelum memulakan mesyuarat dua hala antara Menteri Luar Malaysia dan China hari ini.
Hishammuddin dan Wang Yi akan membincangkan status vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China, meningkatkan kerjasama ekonomi, kerjasama selepas pandemik serta usaha pengukuhan hubungan dua hala sedia ada di antara kedua-dua negara. Foto–INSTAGRAM H2O

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.