Puteri UMNO Sokong Penuh Kenyataan Presiden Perkasakan Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyokong penuh pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) sebaliknya akan memperkasa Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan Komponen Barisan Nasional.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata pengumuman Presiden itu bukanlah bermakna UMNO keluar daripada gabungan kerajaan hari ini.

“Pendirian politik ini selari dengan suara akar umbi yang mahukan MN terus diperkasa bagi menuju ke arah PRU 15 tak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, sebarang penyertaan parti lain termasuk PPBM ke Muafakat Nasional akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional UMNO-PAS.

“Diharap segala keputusan mestilah mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.” – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.