Kemelut Politik Sabah Mesti Diselesaikan Untuk Mandat Baru

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kemelut politik Sabah mesti diselesaikan biarpun usaha untuk membentuk kerajaan baru telah dinafikan apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mengumumkan Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin telah berkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Hakikatnya jelas beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional pembubaran ini menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk rakyat menentukan dalam bentuk mandat baru yang akan diberikan.

“Namun saya mengharapkan agar apa yang sedang berlaku di Sabah harus menjadi ibrah atau iktibar kepada lain-lain negeri kerana keutamaan kepada rakyat hendaklah digaris bawahi supaya kemelut seperti ini  tidak akan berlaku kerana beberpa inisiden yang berkenaan tidak memihak kepada rakyat.

“Rakyat harus diberi keutamaan di dalam sebarang penyelesaian dalam ketidakstabilan sesetengah kerajaan baik di peringkat negeri atau pusat”, katanya dalam siding media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini , hari.

Kemelut politik Sabah yang membawa kepada runtuhnya kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan berlaku apabila semalam bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang merupakan Adun Sibuga dalam sidang media mendakwa memperolehi Akuan Bersumpah (SD) daripada Adun yang menyokongnya yang cukup untuk menumbangkan kerajaan negeri sedia ada.

Mengenai kesan pembubaran tersebut yang membawa kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di kala negara masih lagi berdepan penularan Virus Covid 19, Zahid berkata beliau yakin Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai SOP yang sesuai untuk melaksanakan pilihanraya tersebut.

“…ini kerana kita telah melalui PRK di chini baru-baru ini di mana ianya telah berjalan dengan baik kerana SOP itu dipatuhi sepenuhnya. Saya fikir ahli-ahli UMNO dan BN dan rakan-rakan Friends of BN di Sabah lebih mematuhi peraturan dan SOP yang dikenakan SPR berdasarkan nasihat Kemenetrian kesihatan”, ujarnya.

Ketika ditanya mengenai persediaan UMNO untuk menghadapi PRN itu, beliau berkata UMNO dan BN bersedia dan akan mengadakan siri perbincangan dengan pelbagai pihak.

“Kiita mempunyai BN dan UMNO di Sabah  dan kita pun dah bagi UMNO Sabah kuasa autonomi maka sesuatu pertimbangan akan saya bincangkan terutama dengan kepimpinan UMNO Sabah dan bersama Tan Sri Musa Aman serta rakan-rakan yang lain parti-parti politik Sabah yang bersama BN”, katanya. -UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.