Zahid Dan Barisan Pimpinan UMNO Sambut Ulang Tahun Kelahiran ‘Bossku’

KUALA LUMPUR, 24 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan parti yang lain menghadiri Sambutan Ulang Tahun Kelahiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di sini malam tadi.

Majlis ringkas sambutan berkenaan dimulakan dengan solat Maghrib, bacaan Yassin dan tahlil serta doa selamat.

Tetamu dari pelbagai lapisan masyarakt termasuk kalangan peringkat kepimpinan parti dan orang ramai turut serta pada majlis tersebut yang dilaksana mengikut SOP ditetapkan.

Majlis berkenaan berakhir dengan acara potong pulut kuning sejurus berakhir acara santai makan malam yang diadakan di Dewan Tun Razak 3, di sini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika ditemui media selepas majlis berkenaan berkata UMNO tidak pernah melupakan jasa bekas Perdana Menteri berkenaan.

Malah katanya lagi UMNO juga tidak melupakan jasa pemimpin parti sebelum ini.

“Saya bagi pihak Ahli Majlis Kerja Tertinggi terhutang budi kepada Datuk Seri Najib dan tentunya sempena ulangtahun beliau ini penghargaan kawan-kawan lama dalam kepimpinan UMNO yang ada sekarang in, kita tidak pernah melupakan jasa beliau.

“Kita tidak pernah melupakan mana-mana pemimpin terdahulu kecuali pemimpin yang menjadi kacang lupakan kulit,” ujarnya.

Sementara itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkata beliau tumpang gembira apabila dijemput menghadiri doa selamat ulangtahun kelahiran Datuk Seri Najib dan turut mendoakan beliau dipanjangkan umur, diberi kesihatan, diberi kerahmatan Allah swt dan diberi kebebasan.

“Dan kita mendoakan beliau diberi kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran hidup, jasanya amat besar kepada rakyat serta negara,” tambahnya.- UMNO Online


Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit