Kerja Jahat Rosakkan Mural, Jangan Jadikan ‘Vandalisme’ Sebagai Satu Budaya – Zahida


KUALA LUMPUR, 20 Julai – Pergerakan Puteri UMNO mengecam sekeras-kerasnya sikap perosak atau ‘vandalisme’ yang bukan sahaja merosakkan hasil kerja seni, malah lebih teruk ia juga satu penghinaan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kerja jahat merosakkan mural amatlah mengecewakan dan menyedihkan bukan sahaja kepada kita semua tetapi kepada pelukis muda terbabit kerana ia bukan mudah untuk dihasilkan, perlukan kreativiti, masa, keringat, jiwa patriotik dan kesabaran tinggi.

“Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya sama-sama menyokong dan menghargai bakat-bakat muda yang dapatkan menaikkan semangat patriotik seperti yang ada pada tiga pelukis tersebut,” katanya dalam kenyataan menerusi facebooknya hari ini.

Juteru beliau berhadap pihak polis dapat jalankan siasatan hingga tertangkapnya si pelaku untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain.

Dilaporkan, baru-baru ini viral gambar-gambar di media sosial menunjukkan hasil seni kreatif anak muda berbentuk lukisan mural wajah-wajah pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam.

Namun lukisan cantik itu tidak bertahan lama apabila diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan perkataan tidak senonoh.

Mural hasil sentuhan oleh tiga pelukis muda iaitu Muhammad Suhaimi Ali, 27; Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27 mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melawat mural gergasi berkenaan.

Ia turut mendapat perhatian dan penghargaan daripada Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.