Hilang Keyakinan: 40 Pejuang Warisan Sabah Keluar Parti, Sertai UMNO

KALABAKAN, 19 Julai – Lebih 40 orang pejuang Parti Warisan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO Kalabakan, hari ini.

Pengumuman keluar parti yang diketuai oleh Burhanuddin Labatta @ Din Tasak adalah atas ketidak yakinan mereka kepada kepimpinan Warisan Sabah yang ada sekarang.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira situasi parti tersebut yang dikatakan tidak menyokong kerajaan pusat dan kurang prihatin kepada rakyat. Kami buat keputusan ini adalah demi agama dan bangsa serta tanah air. UMNO telah kembali berjaya memberi keyakinan kepada rakyat untuk menakhoda semula negara,” katanya.

Dalam hal berkenaan beliau memaklumkan akan lebih ramai lagi anak muda akan menyusul langkah menyertai UMNO malah bukan sahaja di Kalabakan tetapi banyak lagi bahagian-bahagian di Sabah yang akan membuat pengumuman untuk keluar Parti Warisan.

Pengumuman keluar partiini telah disaksikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kalabakan Saudara Andi Muhammad Suryady Bandy yang juga merupakan ahli salah satu cawangan yang ada di PDM Pasir Putih.

Katanya, PDM Pasir Putih yang menempatkan 14 Cawangan UMNO sangat berbesar hati untuk menerima keahlian mereka yang ingin berhijrah daripada Parti Warisan ke UMNO.

Selain pengumuman itu, turut diserahkan borang keahlian UMNO dan penyerahan bendera Sang Saka Bangsa daripada Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kalabakan, Saudara Aslan Fadli Samsul Alang kepada saudara Tasak.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian Saudara Devid Udin; Ketua Wanita, Chaya Hj Sulaiman; Ketua Puteri, Erlinah Ahmat ; Setiausaha umno Bahagian, Ketua Penerangan UMNO, Ketua PDM Pasir Putih, AJK Bahagian dan Sayap serta ketua-ketua Cawangan, di sini.

Dilaporkan juga, sebelum ini iaitu kurang 48 jam UMNO Bahagian Kalabakan telah berjaya mengendalikan lebih 30 mesyuarat Cawangan parti setelah PKPP dilonggarkan untuk membolehkan mesyuarat atau aktiviti berkumpulan diadakan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.