SMUE: Jangan Jadikan Skim Pancing Undi – Noh

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar mengingatkan kerajaan negeri agar jangan jadikan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk rakyat negeri itu sebagai skim memancing undi.

“Jangan jadikan skim pancing undi bila dengar ura-ura nak PRU (pilihan raya umum) awal baru nak sibuk bantu rakyat.

“Kalau nak buat, buat betul-betul dan kena berterusan, jangan sekejap ada sekejap tak ada macam sabut timbul dan tenggelam,” katanya yang turut menyokong usaha tersebut dalam satu hantaran di Facebook.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata demikian apabila mendapat maklum Kerajaan Negeri Selangor mahu memperkenalkan semula SMUE untuk rakyat Selangor.

Untuk rekod, SMUE bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan orang kelainan upaya yang layak sebanyak RM2,500 yang diperkenalkan sejak tahun 2008.

Manakala pada 1 Mei 2019, program tersebut telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat semasa hidup di dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM100 setahun. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.