PM7 Tak Perlu ‘Kelentong’ Lagi Kenapa Dia Letak Jawatan PM

PM7 tak perlu kelentong lagi kenapa dia letak jawatan PM.

Dia hantar surat letak jawatan PM pada pukul 1pm.

Bersatu umum keluar PH pukul 2pm.

Masa itu, dia tak pernah pun beritahu kawan-kawan dia dalam PH atau Warisan bahawa dia akan letak jawatan dan sebab kenapa dia mahu letak jawatan.

Selepas dia letak jawatan pada 24 Feb, dia tak pernah marah pada PPBM atau Muhyiddin atau sesiapa pun sehingga malam 29 Feb.

Malah keesokan hari selepas dia letak jawatan, dia tak hirau permintaan PH untuk meeting bagaimana nak pulihkan kerajaan PH.

‘We nominated Anwar after Dr M declined to attend meet to restore Harapan gov’t’ https://www.malaysiakini.com/news/512328

Hanya selepas YDP Agong umum dia bukan PM8, baru dia mula marah dan tuduh-menuduh.

Tiga sebab utama dia letak jawatan PM ialah:
– dia tak mahu Anwar jadi PM;
– dia tak mahu dikawal DAP dan PKR lagi;
– dia bimbang PPBM dan PH akan kalah teruk pada PRU15.

Mereka amat bimbang selepas kalah 5 kali PRK berturut-turut kepada BN/MN termasuk kekalahan paling teruk di kawasan parlimen sendiri di mana calon orang Melayu parti PPBM kalah teruk kepada calon orang Cina BN/MN di kawasan majoriti Melayu dalam negeri yang Menteri Besar ialah dari PPBM dan Perdana Menteri ialah dari PPBM.

Sebab itu, PM7 sangat inginkan menjadi PM untuk sebuah kerajaan perpaduan (unity government) di mana dia boleh pilih sendiri mana-mana ahli Parlimen dia suka tanpa perlu mengikut kehendak parti.

Dengan kerajaan perpaduan baru ini :
– dia tak perlu serah jawatan kepada Anwar
– dia tak perlu dikawal parti DAP dan PKR lagi
– dia tak perlu bimbang kalah kepada BN/MN sebab BN/MN juga sebahagian kerajaan dia.

Ketiga-tiga masalah dia diselesaikan sekaligus jika dia berjaya bentuk kerajaan perpaduan idamannya.

Namun dia gagal kerana BN, PAS dan GPS tolak untuk bersama dengan orang DAP.

Mengaku sahaja lah rancangan sebenar kamu.

Jujur sikit, boleh?

Buat apa asyik salahkan saya?

Najib Razak