Rakyat Akan Lebih Terkesan Selepas Tamat Moratorium – Zahida


KUALA LUMPUR, 17 Julai – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berpandangan kerajaan perlu memikirkan langkah-langkah tambahan segera untuk meringankan impak kepada rakyat terutamanya kumpulan berpendapatan rendah B40 walaupun ransangan hampir 300 bilion telah diagihkan.

Soal ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan, ada apa dengan Oktober 2020, kenapa ada pihak menggelar sebagai ‘Oktober Berdarah’ atau ‘Red Oktober’?

“Saya ingin menyentuh satu perkara sahaja di dalam kemelut COVID-19 ini yang melibatkan rakyat jelata bila tiba Oktober berdarah ini nanti, ini kebimbangan ramai apabila dijangka kadar pengganguran yang pasti akan meningkat mendadak,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujarnya, ia adalah di sebabkan oleh dua perkara utama iaitu tamatnya moratorium enam bulan bermula 1 April 2020 yang di beri oleh bank-bank keatas pembayaran balik pinjaman persendirian dan syarikat-syarikat dan bantuan subsidi gaji kepada majikan juga akan berakhir pada masa yang sama.

“Walaupun perolehan pendapatan syarikat-syarikat beransur pulih tetapi ia masih tidak sepenuhnya dan di jangkakan pemberhentian pekerja-pekerja akan meningkat berganda daripada hampir sejuta sekarang kepada 2 juta.

“Ini meruncingkan lagi dengan keadaan kewangan pekerja-pekerja terbabit walaupun kerajaan telah memberi pelbagai insentif untuk merangsangkan ekonomi negara tapi disebabkan kegawatan ekonomi dunia ianya tetap akan menjejaskan prospek kebangkitan ekonomi negara.”

Katanya, untuk menggalakkan syarikat-syarikat menambah peluang pekerjaan dalam tempoh 6 bulan bermula Oktober 2020 Puteri UMNO mencadangkan kerajaan memberi insentif ‘double tax relief’ bagi gaji yang dibayar kepada pekerja-pekerja baru tersebut.

“Kami juga berpandangan bantuan subsidi upah perlu dilanjutkan 3 bulan lagi, dengan cara ini dapat mengurangkan beban majikan dan secara tak langsung dapat mengurangkan pemberhentian pekerja.

“Walaubagaimanapun kita bersyukur kerana mempunyai kerajaan hari ini yang cekap di dalam menagani pandemic covid19 yang melanda negara dan mangambil langkah-langkah pemulihan yang begitu besar berbanding nagara-negara lain,” katanya lagi. – UMNO Online