UMNO Rakam Takziah, Datuk Mohd Khusairi Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR, 15 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga YB Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang telah kembali ke Rahmahtullah hari ini.

Difahamkan Allahyarham yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong dipercayai akibat serangan jantung.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-14, Allahyarham telah berjaya mengekalkan kerusi Barisan Nasional di Slim dengan majoriti 2,183 mengalahkan calon PPBM dan PAS.
Sebelum ini Allahyarham pernah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada 2015 – 2017.

“Bersamalah kita berdoa agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi orang orang yang dimuliakan-Nya. AL-FATIHAH – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.