UMNO Fokus Jaga Kebajikan, Kepentingan Rakyat – Zahid

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, daripada terus diganggu-gugat oleh pihak pembangkang.

Katanya, UMNO ketika ini memberi keutamaan kepada Sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 13 Julai 2020.

“UMNO sedar terdapat usaha giat dilakukan untuk menggugat kedudukan YAB Perdana Menteri oleh pihak-pihak yang mahu merebut jawatan berkenaan.

“Fokus UMNO ketika ini adalah untuk memastikan isu-isu berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat yang semakin tertekan dalam menghadapi bebanan hidup pasca COVID-19,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya yang juga Pengerusi BN, semua Menteri dan Timbalan Menteri BN telah diminta mengambil tindakan menerusi kementerian masing-masing dalam usaha memulihkan ekonomi dan menjana peluang pekerjaan terutamanya golongan yang terkesan oleh COVID-19.

“Justeru, UMNO tidak seharusnya terheret sama dalam polemik perbahasan mengenai calon Perdana Menteri, malah tumpuan harus diberikan kepada usaha untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/07/KENYATAAN-MEDIA-6-JULAI.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.