Tidak Rasmi: BN Menang Majoriti Besar PRK DUN Chini

PEKAN, 4 Julai – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi tersebut.

Setakat jam 7.45 malam ini calon BN memperolehi 8,512 undi jauh meninggalkan dua lagi calon Bebas, Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin yang menggunakan lambang rumah 775 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli logo kunci 100 undi.

Calon BN, Mohd Sharim Md Zain menewaskan pencabar dari dua calon Bebas.

PRK DUN Chini, Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan calon dengan alasan penularan wabak COVID-19.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan setakat 4 petang, peratusan keluar mengundi ialah sebanyak 72 peratus daripada 20,816 pemilih berdaftar yang layak menunaikan tanggungjawab itu di 13 pusat mengundi yang mula dibuka sejak 8 pagi tadi.

Proses pengundian PRK DUN Chini yang berlangsung dalam kebiasaan baharu akibat pandemik COVID-19 tamat pada pukul 5.30 petang ini

Secara keseluruhan, terdapat 66 saluran di 14 pusat mengundi bagi DUN Chini termasuk saluran dan pusat mengundi awal membabitkan 18 pengundi polis yang selesai pada 30 Jun lepas.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Abu Bakar menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi. – UMNO ONLINE

Oleh : Zylan Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.