Kes Perbicaraan: Kenapa Dua Saksi Dipanggil, Sedangkan Mereka Tidak Mengenali Ahmad Zahid?


KUALA LUMPUR, 3 Julai – Dua saksi yang tampil memberi keterangan kes membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjelaskan mereka tiada kaitan dengan Ahmad Zahid sebaliknya hanya mengenali beliau di media-media elektronik dan tidak pernah mengenali secara dekat.

Peguam Presiden UMNO, Hamidi Mohd. Noh berkata ketiga-tiga saksi hari ini yang dipanggil pihak pendakwaan dan memberi keterangan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah mengakui banyak berurusan dengan Omar Ali iaitu seorang pengurup wang.

“Hari ini pihak pendakwaan panggil tiga orang saksi, dua saksi pertama adalah untuk mengesahkan saksi-saksi sebelum ini, satu dari Hra Teguh dan satu daripada Cergas Murni, kedua-dua saksi ini lebih kepada untuk mengesahkan duit yang dipinjam dari seorang yang bernama Omar Ali.

“… dan apabila ia pinjam duit Omar Ali, dia bayar balik kepada Omar Ali… jadi ia tiada kaitan dan kedua-duanya mengesahkan tidak mengenali Ahmad Zahid, tidak pernah berurusan secara rasmi dan hanya mengenal Ahmad Zahid melalui media dan sebagainya. Tidak ada isu yang Ahmad Zahid mengarahkan… tidak ada. Cuma mereka pinjam duit Omar Ali dan serahkan kembali… dan Omar Ali akan dipanggil,” katanya kepada media di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah Hamidi lagi, saksi dari MyEG yang mengesahkan bahawa terdapat beberapa pembayaran yang diberikan kepada Tetuan Lewis & Co dan Lewis & Co adalah ‘trusty’ pemegang amanah kepada Yayasan Akal Budi dan disebabkan adanya sumbangan-sumbangan ini maka sumbangan ini dikatakan AMLA.

“Kalau kita tengok ‘consistent’ bahawa duit yang masuk dalam Lewis & Co adalah sumbangan untuk Yayasan Akal Budi. Yayasan Akal Budi adalah sebuah yayasan bertanggungjawab untuk membuat masjid, pusat tahfiz, sekolah agama dan kebajikan. Dalam Yayasan Akal Budi itu sendiri ada senarai-senarai kebajikan yang dibuat oleh Yayasan Akal Budi.

“Malangnya… pada hari ini dan kita perlukan refikasi berkenaan wang-wang yang dimasuk ke dalam pemegang amanah ini iaitu Lewis & Co, untuk sesi-sesi AMLA ini kesemuanya berhubung dengan Ahmad Zahid. Semua saksi mengatakan bahawa Omar Ali yang menguruskan sesi-sesi AMLA ini,” katanya.

Katanya lagi bahawa kes Ahmad Zahid adalah kes yang paling cepat dan jumlah saksi yang asal akan dipanggil sebanyak 94 orang.

“Kita dah panggil 75 orang saksi dalam kes Ahmad Zahid, sebab pertuduhannya tinggi… 75 orang saksi adalah saksi yang paling banyak setakat ini dalam mana-mana kes perbicaraan yang melibatkan pemimpin UMNO.

“Kes kita paling laju dan kes kita paling cepat. Insya Allah… doa-doakan beroleh kemenangan kepada Ahmad Zahid kerana beliau adalah pemimpin UMNO dan beliau sebenarnya orang yang banyak memberi sumbangan kepada yayasan dan pusat tahfiz tidak berhenti-henti.,” ujarnya.

Perbicaraan akan disambung pada 14 julai ini dan saksi-saksi utama akan menghadiri kes perbicaraan Presiden UMNO.- UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.