Ahmad Zahid Rakam Takziah Atas Pemergian Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian


PEKAN, 3 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohamad Noordin Awang, 69, yang telah kembali ke rahmatullah 7 petang tadi.

“Salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan kita berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh.

“Innalillahi wainna ilaihi roji’un,” katanya dalam satu catatan di Facebook malam tadi.

Dilaporkan, Allahyarham yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan meninggal dunia akibat kanser paru-paru di kediamannya di Kampung Kota, di sini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kampung Kota pada jam 6.30 pagi esok. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.