Giat Berkempen, Mohd Sharim Terima Reaksi Positif Pengundi, Patuhi SOP


PEKAN, 21 Jun – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini merupakan PRK yang pertama diadakan ketika negara berada dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa pemulihan (PKPP) akibat dari penularan wabak COVID-19.

Berikutan itu, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menggariskan beberapa garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh parti yang bertanding.

Antaranya seperti aktiviti berceramah yang mempunyai had kehadiran pengundi dan di tempat tertutup, tinjauan mesra atau ‘walkabout’ dan lawatan rumah ke rumah.

Memasuki hari kedua kempen, calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain memulakan aktiviti di sekitar kawasan perniagaan Bandar DARA seawal pagi dengan menikmati sarapan bersama rakyat.

Begitu juga dengan menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Tani Kekal Chini dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti penjarakan sosial, mengambil suhu, mendaftar diri dan sanitasi.

Ketika ditemui media sebaik selepas membuat pelepasan (flag off) Kelab Motorcross Chini yang melibatkan hampir seratus peserta di Bandar DARA, di sini siang tadi, selain dilihat teruja dengan sambutan yang amat baik rakyat kepadanya, Mohd Sharim juga mengambil berat akan pematuhan SOP yang digariskan sepanjang berkempen.

“Ini hari pertama kita berkempen, pastinya kita berusaha untuk memastikan SOP ini…tetapi masyarakat lebih rapat mengenali saya dan kita juga menghormati dan kita cuba melakukan yang terbaik untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh SPR dan MKN,” katanya.

Jadual berkempen Mohd Sharim juga dipenuhi dengan aktiviti mengunjungi beberapa pemimpin masyarakat seperti di Felda Chini Timur 1, Felda Chini Timur 3, Kampung Gumum dan Tasik Mentiga.

Selain itu, Mohd Sharim juga tidak melepaskan peluang bertemu dan beramah mesra dengan masyarakat orang asal di Kampung Gumum, Ulu Gumum, Tanah Merah dan Arong serta generasi kedua dan ketiga Felda.

Jelas kelihatan Mohd Sharim diterima positif oleh rakyat dan kehadirannya amat ditunggu-tunggu oleh masyarakat.

Begitu juga, terpancar keyakinan rakyat akan kemampuan beliau memikul tanggungjawab mewakili suara mereka.

PRK DUN Chini menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN diwakili Mohd Sharim dengan dua orang calon Bebas.

Mohd Sharim, 41, generasi kedua Felda merupakan Naib Presiden Majlis Belia Pahang dan Pengerusi Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan selain Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Felda Chini 3 Berkat.

PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana serangan jantung.

SPR menetapkan hari pengundian biasa pada 4 Julai manakala pengundian awal pada 30 Jun ini yang melibatkan seramai 20,990 orang pengundi. – UMNO ONLINE

Oleh: Zylan Mohamed

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.