Teruja, Gembira Dan Berbesar Hati Pemuda Dipilih Menjadi Calon PRK DUN Chini- Nizar

 

PEKAN,19 Jun – Ketua Pemuda UMNO Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib merasa bangga dan terharu apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail telah mengumumkan calon di kalangan Pemuda UMNO Bahagian Pekan untuk dipertaruhkan menjadi calon Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 DUN Chini.

Katanya, calon Pemuda yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan UMNO dan BN begitu bermakna dan dianggap sebagai pembaharuan dalam politik tempatan serta menjadi  bukti kepada peranan anak muda yang semakin diberi perhatian.

“Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan amat teruja, gembira dan berbesar hati kerana ada Pemuda dikalangan saya telah diangkat, dipilih untuk menjadi calon.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pucuk pimpinan UMNO dan BN diperingkat tertinggi daripada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ayahanda Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Wan Rosdy kerana memberi kepercayaan kepada calon muda untuk berjuang diatas tiket dan di platform BN,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Jelas Nizar lagi, jika lihat Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRK sebelum ini, UMNO belum lagi mempertaruhkan calon anak muda, jadi ini satu penghormatan kepada Pemuda UMNO dan Pemuda BN.

“Saya ucapkan terima kasih sekali lagi dan saya fikir calon yang kita pertaruhkan ini adalah seorang anak tempatan yang dihormati ramai, mempunyai ‘track record’ yang bersih dan juga ‘ikon’ pemuda dikalangan Majlis Belia Felda.

“Saya berpendapat ini adalah satu pilihan yang baik, tepat yang dibuat oleh pucuk pimpinan,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.