Puteri UMNO Siap Siaga, Pantau Situasi Politik Semasa Agar Rakyat Tidak Jadi Mangsa

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Puteri UMNO sentiasa memantau situasi politik semasa yang memungkinkan piihan raya mengejut (snap election) diadakan, kata ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan.

Ujarnya, Puteri UMNO juga sentiasa siap siaga sekiranya berlaku pilihan raya umum dalam masa terdekat.

“Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Exco Puteri UMNO Malaysia malam tadi. Banyak agenda dan perbincangan antaranya gerak kerja Puteri di musim PKPP, isu-isu rakyat terkesan dan hilang pekerjaan serta banyak lagi,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Jelasnya, Puteri UMNO berpendiran situasi politik tidak stabil seperti sekarang ini perlu ditangani dengan bijaksana agar rakyat tidak menjadi mangsa keadaan.

“Kesihatan dan ekonomi rakyat mesti menjadi keutamaan disaat ramai yang hilang pekerjaan terutamanya golongan muda,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.