Pendakwaraya Gagal Gantung Perintah Penolakan Pelucutan Wang UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Peguam utama UMNO, Datuk Hariharan Tara Singh memaklumkan bahawa pihak pendakwaraya telah gagal untuk menggantung perintah penolakan pelucutan wang berjumlah RM192,965,413.61 daripada UMNO.

Katanya, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi, Tuan Mohamed Zaini Mazlan, setelah mendengar hujahan pelbagai pihak telah menolak permohonan penggantungan tersebut.

“UMNO harap pihak pendakwaraya terima seadanya keputusan Mahkamah Tinggi pada 7 Feb 2020 yang menolak permohonan pelucutan hak wang UMNO berjumlah RM192,965,413.61,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Antara hujahan peguam utama UMNO, Datuk Hariharan Tara Singh adalah:

a. Wang berjumlah yang disita oleh SPRM dari UMNO bukan dana awam atau dana 1MDB dan

b. Tiada sebarang keadaan khas yang membolehkan mahkamah untuk menggantung keputusan penolakan pelucutan hak wang berjumlah RM192,965,413.61 tersebut.

Dilaporkan, pada Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak saman kerajaan ketika itu yang diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) untuk melucut hak terhadap RM192 juta yang didakwa berkaitan dengan dana 1MDB daripada UMNO.

Dalam prosidingnya, Hakim ketika itu memutuskan baki wang di dalam akaun bank UMNO pada Mei 2019 tidak berkaitan dengan sebarang duit yang didakwa didepositkan oleh bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/06/KENYATAAN-AKHBAR-OLEH-PEGUAM-UMNO.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.