PRU-15: UMNO Sentiasa Bersedia Tapi Terserah Kepada PM Buat Keputusan – Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa parti tersebut sentiasa menyokong keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, PM tahu apa yang terbaik sama ada untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 segera atau sehingga habis penggal.

“UMNO sentiasa bersedia diadakan awal atau tidak tapi kita serahkan kepada PM untuk membuat keputusan,” katanya yang ditanya wartawan di pekarangan mahkamah, hari ini.

Menjawab soalan lain yang mencadangkan PPBM sepatutnya menyertai Muafakat Nasional (MN) Zahid berkata, bukan hanya PPBM tapi mana-mana parti pun boleh.

Berkaitan Perikatan Nasional (PN), beliau memaklumkan bahawa ia adalah gabungan daripada ahli-ahli Parlimen dalam tiga parti.

Berkenaan pembahagian kerusi pula, katanya sekarang terlalu awal untuk bercakap soal kerusi.

Zahid berada di mahkamah ekoran mengikuti perbicaraan selepas berhadapan dengan 47 pendakwaan. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.