Kes Bicara Ahmad Zahid: Saksi Pendakwaan Akui Beri Sumbangan Kepada Tahfiz

KUALA LUMPUR, 17 Jun – Semalam hari kedua perbicaraan kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tertumpu kepada peraturan-peraturan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) yang mana hampir semua saksi pendakwaan memaklumkan bahawa tidak ada apa-apa yang ‘illegal’ tentang ‘priority’ saksi.

Peguam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh berkata pengubahan wang haram ini bermaksud duit yang diterima adalah duit haram.

“Hampir kesemua saksi pendakwaan berkata bahawa tidak ada apa-apa yang ‘illegal’ tentang ‘priority’ saksi ini dan segala-galanya berdasarkan pada kenyataannya dan kita boleh nampak isu berkenaan dengan AMLA ini.

“Kita juga dah menerima keterangan dua tiga orang saksi iaitu saksi awam yang mengatakan bahawa saksi (Mubarak Hussin) memberitahu beliau memberi sumbangan pada pihak Tahfiz Imtiaz Ulul Albab dan sumbangan itu dimasukkan ke dalam akaun firma guaman Lewis & Co yang memegang sebagai amanah.

“Apabila ditanya tadi ia pasti tak yang Lewis & Co adalah ‘trusty’ dan ia mengatakan pasti. Jumlah wang RM2 juta yang diberikan itu adalah sumbangan,” katanya.

Tambah Hamidi lagi, Imtiaz Ulul Albab adalah sebuah tahfiz yang diasaskan oleh Ahmad Zahid dan sudah lama beroperasi dengan kos-kos pengoperasiannya melibatkan gaji guru, makan minum pelajar tahfiz dan sebagainya.

“Ia bergantung kepada keseluruhannya sumbangan daripada orang-orang Melayu/ Islam untuk beroperasi ketika itu. Ia perlukan sumbangan untuk membantu dari segi makan minum pelajar, gaji guru dan sebagainya.

“Sekarang ini apabila kes Ahmad Zahid sudah dibicarakan di mahkamah dan kita nampak pemberi-pemberi sumbangan semua kena panggil, seolah-olah dia (pemberi) sumbangan yang buat salah.

“Bila kita tengok naratif itu kita boleh lihat pemberi sumbangan akan jadi ‘isu’ sedangkan niatnya hendak memberi sumbangan. Dalam hal ini kita akan teruskan untuk membersihkan nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah,” ujarnya lagi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.