Kes Bicara Ahmad Zahid: Saksi Sahkan Transaksi Normal Mengikut Yang Direkodkan

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Dua saksi yang tampil pada hari ini setelah mahkamah berhenti rehat mengesahkan bahawa transaksi perbankan yang dibuat adalah sah tanpa menyalahi undang-undang dan mengikut peraturan yang tertakluk dalam mana-mana bank.

Keterangan tersebut dibuat di hadapan Hakim Collin Lawrence Squerah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Bermula dengan saksi ke 48, Sharifah Syifa Syed Zainol, 56 tahun, yang merupakan seorang pegawai bank berkata kesemua 10 penyata cek yang diterimanya mengikut lunas serta direkodkan.


Peguam: Adakah borang ini ada tanda tangan terkini
Saksi: Tidak

Peguam: Minta puan ‘highlight’kan ke 10 penyata cek akaun tadi.
Saksi: Ya

Peguam: Kesemua 10 transaksi itu dan tiada apa-apa yang pelik dalam transaksi itu.
Saksi: Ya

Peguam: Apakah jawapan puan
Saksi: Jawapan saya berdasarkan dokumen di hadapan saya.

Dalam pada itu saksi ke 49, seorang eksekutif bank, Mohd Zulkarnain Abdul Latif, 39 tahun, menjelaskan transaksi yang melibatkan syarikat Lewis & Co didebitkan ke dalam akaun.

Tambahnya lagi, transaksi ini adalah tidak menyalahi undang-undang dan mengikut peraturan yang tertakluk dalam mana-mana bank dan ia boleh dikesan.

Peguam: Adakah ia nyatakan tentang pembayaran tersebut.
Saksi: Tidak dinyatakan

Peguam: Adakah bankers check dikeluarkan.
Saksi: Ya dikeluarkan.

Peguam: Penyata akaun 2016 dan highlightkan, boleh highlightkan ke mahkamah bankers check tersebut.
Saksi: Ya.

Peguam: Macam mana Zul pasti transaksi bankers check
Saksi: Kita akan debit akaun transaksi dan bayar pada Lewis & Co.

Peguam: Seterusnya borang permohonan untuk mengesahkan
Saksi: Saya sahkan.

Pendakwaan dijalankan oleh Haris Ong Mohd, Jeffrey Ong manakala peguam bela ialah Mohd Haziq Dhiyaudin Razali – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.