TNB Harus Ada Inisiatif Tangani Isu Bil Eletrik

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua Pembangkang Selangor Rizam Ismail berkata, beliau menyambut baik kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyuarakan keresahan mengenai kadar kenaikan bil elektrik yang meningkat secara mendadak secara tidak langsung membebankan rakyat.

Jelas beliau, sepanjang waktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP), antara keresahan rakyat adalah kepada kadar kenaikan bil elektrik yang lebih tinggi dan mendadak daripada biasa.

“Situasi ini memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan persekutuan yang sedaya upaya memberikan usaha dan tindakan dalam membantu rakyat untuk membasmi wabak pandemik COVID-19.

“Sebagai kerajaan persekutuan yang mendepani kepentingan rakyat, tindakan pihak TNB yang telah menjelaskan punca kenaikan harga bil elektrik sangat dihargai tetapi tindakan untuk menyalurkan maklumat secara berterusan hendaklah ditingkatkan agar keresahan rakyat ini tidak berpanjangan dan mereka sentiasa memahami situasi yang sedang kita alami hari ini,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Justeru, Rizam yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, berharap, pihak TNB mempunyai inisiatif dalam usaha memberikan tanggungjawab sosial kepada rakyat terutamanya memberikan diskaun kepada pengguna domestik yang mampu memberikan kegembiraan berbanding hanya memberikan penjelasan yang sukar diterima oleh rakyat. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.