Saranan Pelihara Institusi Presiden, Perkukuhkan Muafakat Nasional Dan Norma Baharu Untuk UMNO Selangor

PELIHARA INSTITUSI PRESIDEN

1. Beberapa hari lepas, saya atas kapasiti NKB UMNO Bahagian Sepang mengeluarkan kenyataan menyokong institusi presiden dan tidak bersetuju dengan cadangan supaya Pengerusi BN diserahkan oleh Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Dato Seri Najib Razak.

MUAFAKAT NASIONAL

2. Pada 14 September 2019, dua parti tertua di Malaysia UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) dan PAS (Parti Islam Malaysia) menandatangani perjanjian rasmi untuk menoktahkan kerjasama. Selama beberapa dekad, kedua-duanya bersaing, dengan UMNO memperjuangkan Islam, nasionalisme dan ketuanan Melayu dan PAS membawa agenda Islam. Yang pasti, hubungan antara kedua-dua pihak ada liku-likunya selama berpuluh tahun.

3. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 oleh nasionalis Melayu, sementara PAS diasaskan golongan ulama UMNO, yang tertubuh secara rasmi pada tahun 1951. Pada tahun 1957, gabungan Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC memperoleh kemerdekaan untuk Persekutuan Tanah Melayu.

4. Pada tahun 1974, PAS bergabung dengan BN (Barisan Nasional) pimpinan UMNO tetapi PAS meninggalkan gabungan ini pada tahun 1977. Sehinggalah menandatangani piagam pada 2019, kedua-dua parti adalah bagaikan adik beradik yang bersaing sengit.

IMPAK MUAFAKAT NASIONAL

5. Persoalan yang diajukan sekarang ialah adakah MN (Muafakat Nasional) akan melemahkan asas sokongan orang Melayu terhadap kerajaan PH (Pakatan Harapan).

6. PH adalah gabungan empat parti, iaitu Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), PKR (Parti Keadilan Rakyat), Amanah (Parti Amanah Negara) dan DAP (Parti Tindakan Demokratik). Bersatu/PPBM mendakwa mereka adalah parti Melayu sementara tiga parti lain menyatakan bahawa mereka adalah berbilang kaum. Walau bagaimana pun, realitinya, profil demografi PKR dan Amanah cenderung etnik Melayu sementara ahli DAP sebahagian besarnya terdiri daripada orang Cina.

7. Pada pilihan raya umum lalu (PRU14), yang diadakan pada 9 Mei 2018, Tun Mahathir Mohamed memimpin PH untuk kemenangan bersejarah dan mengejutkan yang menamatkan 61 tahun pemerintahan BN. Kemenangan PH sebahagian besarnya mendapat sokongan daripada orang bukan Melayu semenanjung, dan juga masyarakat peribumi di Malaysia Timur.

8. Tinjauan menunjukkan bahawa PH memperoleh kurang daripada 30% undi orang Melayu, dengan BN masing-masing memperoleh 45% dan PAS 32% undi. Majoriti orang Melayu yang tinggal di luar bandar di mana kawasan pilihan raya dengan kepadatan penduduk yang rendah tetap setia kepada UMNO, sementara Bersatu, Amanah dan PKR mendapat sokongan terutamanya dari orang Melayu bandar.

9. Pada PRU14, kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia menyaksikan persaingan tiga penjuru antara UMNO, PAS dan PH, setelah UMNO dan PAS dikatakan gagal mencapai persetujuan untuk kerjasama politik. Beberapa penganalisis memberi komen bahawa sekiranya UMNO dan PAS berusaha lebih dekat kerjasama untuk pilihan raya yang lalu, mereka dapat menewaskan PH daripada merebut sekurang-kurangnya 21 kerusi parlimen dan dengan itu mengelakkan kejatuhan BN Pecahan 21 kerusi ini adalah di Kedah (2), Selangor (3), Perak (3), Pahang (2), Negeri Sembilan (2), Perlis (1), Kuala Lumpur (1), Melaka (1), dan Johor (1). Untuk kerusi dewan undangan negeri, UMNO dan PAS boleh memperoleh 45 kerusi tambahan dan boleh membentuk Kerajaan Negeri di Kedah dan Perak jika berkerjasama pada 2018.

10. Bagaimanapun UMNO menganggap pada 2018 bahawa persaingan tiga penjuru akan berpihak kepada mereka, berdasarkan trend pengundian di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 2016, namun yang sebaliknya berlaku.

KEJAYAAN MUAFAKAT NASIONAL

11. Setakat hari ini, MN telah membuktikan bahawa MN berhasil menarik sokongan Melayu Islam dengan kemenangan siri-siri Pilihanraya kecil/PRK. Pada Mac 2020, kerajaan PH ditumbangkan atas sinergi MN membentuk kerajaan sekarang -Perikatan Nasional/PN.

INISIATIF INSTITUSI PRESIDEN UMNO

12. Tidak keterlaluan untuk diketengahkan bahawa kejayaan MN dan PN juga adalah atas inisiatif institusi Presiden UMNO yang mengerakkan kejayaan rundingan atas dasar kepentingan rakyat.
.
CABARAN PERKONGSIAN KUASA

13. Realitinya, cabaran dalam jangka masa terdekat adalah pembahagian kerusi pilihanraya. Dalam konteks Selangor, pembahagian kerusi haruslah bijak supaya kedudukan UMNO, BN dan MN menjadi strategik dan tidak sekadar menjadi minoriti dan pelengkap. Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini strategi dan kepimpinan yang terbukti adalah kemestian.

CADANGAN “NORMA BAHARU” UNTUK UMNO SELANGOR

14. Cadangan untuk menukar pengerusi BN tersebut dikatakan berasal dari Selangor, maka dilontarkan kembali cadangan-cadangan kepada UMNO Selangor (yang akan dihurai selapas daripada ini).

15. Memandangkan kita berada dalam norma baharu, maka cara berfikir dan bertindak juga harus berubah, harus lain dari yang lain. Ada yang menyatakan bahawa “adalah kegilaan jika kita masih melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza.” Perubahan radikal dan efektif adalah perlu.

16. Lantaran itu, UMNO harus melibatkan parti-parti komponen BN yakni MCA dan MIC dalam sebarang gerak kerja politik. Selangor adalah negeri majmuk dan komposisi kaum berbilang. Undi dari satu etnik dan agama sahaja iaitu MN hanya setakat menjamin 16 ke 17 kerusi DUN. Mereka adalah sahabat lama dan bukannya untuk dipinggirkan!

17. Tidak keterlaluan jika disimpulkan bahawa Selangor adalah negeri maju dan menjadi kayu ukur untuk negeri lain. Jika Selangor melaluinya maka ia akan turut berlaku di negeri lain.

18. Pada 2008 BN hilang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Menjelang 2018 lebih banyak negeri jatuh kepada PH. Dalam konteks UMNO Selangor ia perlu mencari formula memenangi hati pengundi bukan Melayu dan tidak hanya fokus kepada kerusi selamat yang mempunyai majoriti pengundi Melayu-Islam sahaja.

19. Ada cakap-cakap yang mencadangkan supaya Pengerusi BN Selangor tak semestinya Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, maka tugasan adalah spesifik dan fokus.

20. Ada yang menyebut-menyebut nama Dr Mohamad Khir Toyo antara nama yang perlu dipertimbangkan untuk memegang jawatan Pengerusi BN ini atau sekurang-kurangnya koordinator BN Selangor.

21, Pada hemat saya bukan sahaja Dr Khir Toyo, malah nama seperti Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Tan Sri Khalid Ibrahim juga perlu dibawa bersama untuk membantu BN dan Muafakat Nasional.

22. Apa jua perdebatannya UMNO Selangor perlu berubah dan tidak boleh terperangkap dalam strategi lama dan adalah kegilaan jika kita masih melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza!.


ANUAR BASIRAN
NKB UMNO Bahagian Sepang

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.