Norma Baharu Kehidupan Kini, Kita Jangan Ketinggalan – Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata norma baharu kehidupan kini banyak berkaitan dengan norma baharu sektor ekonomi.

Sehubungan itu ujarnya, penerokaan peluang baharu, sumber tenaga berkemahiran dan berteknologi khususnya dalam e-dagang adalah norma baharu sektor ekonomi.

“E-dagang adalah norma baharu sektor ekonomi dan ia adalah keperluan bukan lagi pilihan.Kita jangan ketinggalan,” ujarnya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dalam kenyataan pendek menerusi laman Facebooknya, hari ini.

Dilaporkan, bermula hari ini, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan kembali beroperasi secara berperingkat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac dan seterusnya PKP Bersyarat (PKPB) yang tamat semalam (9 Jun).

Terdahulu Perdana Menteri pada 5 Jun lalu telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi, meningkatkan rantaian perniagaan dan juga produktiviti. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.