Biarpun Berbeza, Raikanlah Aidil Fitri Dengan Penuh Rasa Kesyukuran – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Hari Raya Aidil Fittri pada tahun ini tentunya berbeza dari tahun-tahun sebelum itu.

Katanya, walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini dilanjutkan namun secara tidak langsung perayaan kali ini pastinya memberikan satu kelainan.

“Hari Raya tahun ini tentunya berbeza oleh kerana pelaksanaan PKPB. Biar pun berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, titipkan lah kegembiraan dan kemenangan Aidilfitri ini dengan penuh rasa kesyukuran.

“Patuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan sewaktu berhari raya, jaga keselamatan diri, keselamatan anak-anak kita, ibu bapa kita dan sanak saudara kita serta masyarakat kita seluruhnya,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Ismail lagi,beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana sahaja berada.

Berikut adalah pantun dari beliau.
Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.- UMNO Online