Kerajaan Tak Demokratik: Fitnah Terhadap UMNO, Azis Jamman Jangan Gelabah

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Ketua Pemuda UMNO Sabah, Ir Abdul Aziz Julkarnain membidas Ketua Wira Warisan, Azis Jamman yang diminta tidak perlu gelabah sehinggakan memfitnah UMNO kononnya sedang membeli ADUN untuk menubuhkan kerajaan tidak demokratik sedangkan sebenarnya kerajaan Warisanlah yang tidak demokratik.

Tegasnya, ADUN tidak perlu dibeli kerana mereka pun sedar dan tahu bahawa rakyat bakal menghukum mereka pada pilihan raya akan datang sekiranya mereka masih gagal memahami siri penolakan rakyat di lima buah Pilihan Raya Kecil (PRK), termasuklah di Kimanis.

“Saya terkejut dan terkasima apabila Azis Jamman menuduh kenyataan saya sebelum ini sebagai sangat dangkal dan mengelirukan.

“Barangkali dia sendiri yang keliru dan gagal menggarap situasi yang sedang berlaku saat ini. Reaksi saya dan pemimpin UMNO yang lain adalah berdasarkan aksi ‘political stunt’ yang dibuat oleh Madius Tangau pada 15hb Mei 2020 melalui satu sidang media,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kronologi jalan ceritanya amat mudah iaitu pada 15hb Mei 2020, Tangau dengan tidak semena-mena cuba mengumpulkan kesemua ADUN-ADUN yang menyokong kepimpinan Shafie dalam sidang media khas di Magelan Sutera.

“Sidang media ini dibuat rentetan khabar angin yang bertiup kencang bahawa akan berlaku perubahan kerajaan pada bulan Julai nanti. Dalam sidang media tersebut, Tangau telah menegaskan keyakinannya bahawa ADUN-ADUN masih setia dan terus teguh bersama Shafie.

“Ironinya yang hadir menyatakan kesetiaan cuma 19 ADUN. Angka 19 jelas menunjukkan Shafie mungkin tidak ada lagi majoriti yang cukup untuk menerajui kerajaan negeri.

“Media khas itu yang sepatutnya dijadikan sebagai medan untuk membuktikan bahawa perubahan kerajaan pada bulan Julai nanti hanyalah sebagai khabar angin ternyata gagal sama sekali.”

Maknanya, ujar Abdul Aziz, dengan menggunakan kaedah matematik yang mudah, angka 19 adalah munasabah untuk sesiapa sahaja membuat andaian bahawa kerajaan Shafie sedang retak dan menunggu pecah.

“Buat masa ini, apa yang Azis perlu buat ialah balik ke perkara yang paling asas iaitu bertanya pada Tangau apa motif beliau membuat sidang media dengan hanya 19 ADUN? Azis juga perlu meminta Tangau untuk adakan sidang media khas sekali lagi bagi menunjukkan angka majoriti yang cukup. Kita doakan bilangan ADUN bertambah nanti.

“Nasihat saya buat Azis dan rakan-rakannya, buatlah kerja yang sepatutnya anda buat untuk rakyat, selagi masih ada waktu yang tersisa,” katanya lagi. – UMNO Online
.
https://www.hmetro.com.my/mutakh…/2020/…/581153/jangan-mimpi
https://www.thestar.com.my/…/no-truth-to-rumours-about-chan…
https://www.freemalaysiatoday.com/…/adun-tidak-hadir-senar…/

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.