Akademi UMNO Hasilkan Penulisan – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Akademi UMNO Malaysia akan menghasilkan beberapa penulisan berbentuk kajian akademi yang bertepatan dengan perkembangan dan perubahan landskap politik negara ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sebagai badan akademi UMNO yang berlandaskan pendidikan dan kepimpinan, semua bahan penulis ini akan dibukukan untuk rujukan pelbagai pihak.

Menurut beliau bahan penulisan ini juga akan dijadikan topik Wacana Akademi anjuran Akademi UMNO Malaysia yang akan diadakan selepas tempoh PKPB Covid 19 selesai.

“Wacana Akademi akan melibatkan pelbagai pihak yang terdiri daripada pelbagai kumpulan profesional, pimpinan dan aktivis parti dan pihak yang berminat. Penulis akan membentangkan penulisan dan wacana akan dilakukan berasakan topik penulisan berkenaan.,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Tambah Dr Shamsul, paling penting semua bahan penulisan ini akan dibukukan, dan boleh dijadikan bahan berguna kepada pelbagai pihak dalam UMNO dan buat permulaan, Akademi UMNO Malaysia telahpun mengadakan perbincangan dan bersetuju dengan tajuk serta penulis.

Berikut antara tajuk bersama para penulis.

Perubahan Iklim Politik Malaysia
a. Menghadapi perubahan landscape politik Malaysia pasca PRU 14.
Oleh : Prof Dr Azmi Hassan (Pakar Geostrategik UKM)

b. UMNO : Di pandangan bukan Melayu ?
Oleh : Prof Dr Sivamurugan Pandian (Universiti Sains Malaysia ( USM )

c. REALITI POLITIK MENGHADAPI PRU 15: Dimanakah kedudukan UMNO ?
Oleh : Prof. Dr Kamarulzaman Yusof (Universiti Utara Malaysia ( UUM )

d. UMNO SABAH : Masa depan, realiti dan cabaran menghadapi perubahan politik ?
Oleh : Proffesor Dr Mohd. Noor Mat Yazid (Universiti Malaysia Sabah ( UMS )

e. PERUBAHAN BARU LANDSKAP POLITIK MALAYSIA: Ideologi dan prinsip UMNO kekal. Pendekatan boleh berubah ?
Oleh : Prof Dato’ Dr Ramlah Adam ,Pakar Sejarah UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.