Kerajaan PN Buat Kerja, PH-Dap Yang Gila Jawatan Semula – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Exco pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini adalah kerajaan yang berjiwa rakyat dan melakukan segala kerja demi untuk rakyat.

Katanya, pentadbiran PN jauh berbeza semasa era pemerintahan Paktaan Harapan (PH) yang lebih mementingkan kroni daripada menyelesaikan segala permasalahan rakyat.

“Mereka ini mungkin sudah masuk gua sebab itu tidak tahu perkembangan negara. Dap mengatakan kerajaan PN lebih pentingkan kroni daripada menyelesaikan masalah rakyat dan juga sibuk mengagihkan jawatan GLC.

“Nak harapkan PH membantu rakyat, memang tak la… masuk Parlimen pun tidur,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Dr Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu turut menjelaskan, kebanyakkan menteri-menteri dalam PN khususnya dari parti UMNO yang sering membantu rakyat seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Hisahamuddin Tun Hussein dan juga Datuk Seri Adham Baba.

“Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan pendiriannya yang tegas akan meneruskan operasi memburu pendatang tanpa izin untuk melindungi keselamatan negara.

“Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam masa yang singkat telah menyelesaikan masalah gelandangan dengan memberi mereka pekerjaan untuk kelansungan hidup. Nak harap Lid buat… memang tak la. Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Adham Baba walaupun dihentam oleh PH tapi beliau membuktikan kredibiliti kepimpinannya dengan meningkatkan kerjasama antara kementerian dan pihak luar,” kata beliau.

Tambah beliau lagi, untuk memulihkan kembali keupayaan ekonomi Malaysia pasca COVID-19, pelan pemulihan ekonomi jangka pendek dan sederhana yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Bukan saja ketenteraman dalam negara dijaga tetapi hubungan luar negara juga turut diperkasakan, katanya lagi.

“Hubungan diplomatik Malaysia giat diperkukuhkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui kerjasama bilateral antara Malaysia dan negara seperti China, Arab Saudi dan sebagainya,” ujarnya.

Berikut adalah kenyataan Menteri-menteri yang berjiwa rakyat:
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1840765
https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/05/688101/gelandangan-ibu-kota-hijrah-bekerja-di-setiawan
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/05/688493/pelan-pemulihan-jangka-pendek-sederhana-akan-diperkenal
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1839737
https://www.sinarharian.com.my/article/83522/KHAS/Koronavirus/Arab-Saudi-sumbang-7-juta-unit-peralatan-perubatan. – UMNO Online