Muafakat Nasional Beri Sokongan Penuh Kepada Muhyiddin Sebagai PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei – Muafakat Nasional sepakat memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Demikian maklum kenyataan media yang dikeluarkan bersama oleh Setiausaha Agung I dan II Muafakat Nasional hari ini, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan.

“Pada hari ini, 14 Mei 2020 bersamaan 21 Ramadhan 1441H, Muafakat Nasional mengadakan mesyuarat khas pucuk pimpinan yang dihadiri oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden dan Setiausaha Agung kedua-dua parti.”

Selari dengan keputusan itu, jelas kenyataan tersebut, semua Ahli Parlimen UMNO dan PAS memberi sokongan penuh kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/05/KENYATAAN-MEDIA-MN-2.pdf”]

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.