BN Terus Sokong Muhyiddin Sebagai PM Ke-8  – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini sebulat suara membuat ketetapan untuk terus memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8, tegas pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, BN akan terus menyokong dan mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri.

“Berhubung pendaftaran PN secara formal sebagai sebuah parti seperti yang dicadangkan, BN berpandangan BN perlu melalui proses tertentu dalam parti komponen masing-masing.

“Sekiranya terdapat usul tidak percaya di Parlimen, ketetapan dibuat supaya semua Ahli Parlimen BN akan mengundi secara en-bloc, menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, hari ini.

Jelasnya yang juga Presiden UMNO, kini BN terdiri dari gabungan empat parti politik tanah air terdiri daripada UMNO, MCA, MIC dan PBRS.

“BN adalah kelompok terbesar dengan 43 kerusi Parlimen yang telah memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 yang seterusnya membentuk Kabinet Kerajaan Malaysia yang baru yang kini dikenali sebagai Kerajaan PN,” katanya lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk. – UMNO Online

[gview file=”https://umno-online.my/wp-content/uploads/2020/05/KENYATAAN-MEDIA-12-Mei-2020.pdf”]

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.