UMNO 74 Tahun: Terima Kasih Presiden UMNO Kerana Berjiwa Besar – Noraini

KUALA LUMPUR, 10 Mei – “Saya nak ucapkan terima kasih kepada Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mencalonkan kami memegang jawatan dalam kerajaan hari ini. Saya kira, jiwa Presiden UMNO cukup besar, beliau presiden parti kepada satu parti Melayu yang terbesar tapi beliau sanggup mengenepikan diri sendiri dan memberi laluan kepada kami,” ujar Ketua Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Jelas beliau, inilah bukti yang menunjukkan UMNO sebenarnya adalah sebuah parti yang sentiasa mengamalkan jiwa besar dan sanggup berkorban demi rakyat.

“Walaupun ada yang mengatkaan PN ini sekejap sahaja tetapi kita ambil pendekatan iaitu gabungan tanpa Dap. Apa yang kita lakukan adalah untuk menyelamatkan negara dan juga rakyat.

“Walaupun kami berlainan parti dalam PN tetapi semua bersikap professional kerana matlamat kami adalah satu iaitu untuk bantu rakyat. Bagaimana mahu bantu rakyat? Masing-masing mainkan peranan.

“Tapi walau bagaimanapun, saya adalah Ketua Wanita UMNO jadi, saya tidak mahu tingkah laku saya sebagai Menteri KPKT akan menjadikan UMNO dipandang rendah orang. Sebab itu setiap langkah dan pengumuman yang saya buat, saya akan fikirkan akibatnya kepada parti,” ujar beliau.

Noraini berkata demikian Ketika menjadi tetamu jemputan dalam wawancara khas sempena Hari UMNO ke-74 anjuran Penerangan UMNO Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO-Online malam tadi.

Tambah Noraini, walaupun beliau sibuk dengan kementerian namun tugas sebagai Ketua Wanita UMNO tidak pernah diabaikan.

“Saya tetap kena fokus kepad pilihan raya kerana pilihan raya memang penting. Suka tidak suka, kita akan hadapi pilihan raya. Saya selaku ketua kepada ibu terbaik bangsa, saya kena ada plan yang komprehansif bagaimana nak mainkan peranan kita untuk rakyat kembali kepada UMNO.

“Saya membawa imej dan mandat Wanita. Suka tidak suka saya kena fokuskan untuk Wanita boleh sampai ke akar umbi dan boleh raih sokongan kepada parti.

“Sebab itu, walaupun musim PKP, saya pesan kepada Wanita untuk gerakkan jentera di akar umbi. Kita juga ‘fronliner’ dan beri bantuan. Sebenarnya, di musim PKP ini, jentera Wanita bertambah sibuk dengan tugasan mereka dan ini sebenarnya adalah satu kebaikan kerana secara tidak langsung kitab oleh membuat bancian sentimen,” terang beliau.

Mengulas lebih lanjut jelas Noraini, walaupun cabaran agak besar dalam mendekati para pengundi khususnya didalam bandar tetapi di musim PKP ini ia adalah peluang untuk merapatkan hubungan lebih mesra.

“Bila kita berjumpa dan menghantar bantuan di musim PKP ini maka kita lebih tahu dan lebih mengenali seterusnya kemesraan itu akan wujud. Kita mahu mereka selesa dengan UMNO dan merasakan UMNO lah parti yang boleh membantu mereka, menjadi suara kepada rakyat dan bila Wanita turun ke akar umbi bertanya khabar berkongsi bantuan, secara tidak langsung memberi keselesaan antara satu sama lain,” ujar beliau lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.