PKPB Dilanjut Sehingga 9 Jun – Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 10 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun, sekali gus menyaksikan pergerakan rentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan melanjutkan PKPB selama empat minggu lagi itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai langkah membendung wabak COVID-19.

“Usaha kita masih belum berjaya sepenuhnya. Langkah-langkah masih perlu diambil untuk memerangi wabak ini. Dari segi pandangan umum juga saya dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan di stesen-stesen televisyen tempatan, hari ini.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB bermula 4 hingga 12 Mei bagi membolehkan sebahagian sektor ekonomi dan sosial dibuka secara terkawal dan berhati-hati.

Beliau berkata ini bermakna semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan ketika tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuat kuasa sehingga 9 Jun. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.